Tuesday 5 December 2017

Dunia Asli : Merungkai Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa

Diari Oral History Princess Humaira 

21/November/2017


Cik ya di tugaskan untuk menemu bual tokoh mengenai warisan yang ada dekat Malaysia. First cikya nak buat pasal KOTA BELANDA di Pangkor tapi di reject olehh pensayarah sebab dia nak orang yang betul-betul mengalami keadaan tersebut. Jadi pilih pula untuk porpular kan negeri PERLIS  iaitu AWANG BATIL. Di reject juga sebab sem lepas ada senior dah buat so dalam pening-pening tu kawan cikya nama Nadeea terus kata cuba tengok kat facebook page orang PERAK..


Cikya pun bukak page tu sambil scroll gigih la scroll sampai bawah tibe2 keluar artikel pasal MALAM MELAYU SEJATI  di Bota Kiri. Cikya pun heran dah 22 tahun duduk Perak ibu ayah pun tak ada ceritakan ade wujudnya Pulau Misa ni. Bukak artikel dan mendalami ehh macam seronok le pulak kan mentang-mentang cikya ni pengakap suka benda-benda gini tu yang mendalami terus tu..

Terus la pm admin mintak kan no untuk berhubung terus dan sekali gus mendalami budaya orang Melayu. 

Kebetulan pulak hari ahad tu tergerak hati berhubung Tok Linga whatsaap tok linga kata nak buat pasal PULAU MISA.. ayatnya di balas  " marilah minum kopi secawan dua di Pulau " time tu hati dah gelabah dah dah le nak balik Shah Alam kui 6 ptg.

Gigih start kete pi le Bota Kiri mula-mula tu sesat le juga akhirnya sampai le kat PULAU MISA 
waktu first masuk tu rasa macam ya allah cantiknya tak pernah tengok kampung macam ni..(Bukan jakun tapi  tulah indahnya sangat ) Pulau Misa ni terletak di tebing sungai Perak perhubungan jalan utama mereka tambak sebahagian sungai tersebut untuk menghubungkan jalan raya supaya orang luar boleh masuk guna kenderaan tak payah naik bot dah.

ini merupakan pintu gerbang sebelum masuk ke
Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa.





Kalau nak tengok sungai Perak boleh la feeling2 macam titanic tu kan buat gaya macam2 hakhak.











Pulau ini dikendalikan oleh Persatuan Kebudayaan & Muzik Nusantara Malaysia atau dikenali sebagai Dendang Anak. Pulau ini menghidupkan kembali zaman kegemilangan kurun ke-15 semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Pulau ini juga melakonkan semula cara-cara bagaimana untuk kita menghadap raja, menghadap pembesar dan sebagainya. Diwujudkan malam melayu sejati itu untuk dipertontonkan kepada orang ramai sekadar kemampuan yang mereka ada supaya budaya melayu ini tidak ditelan oleh zaman.


Memegang pegangan utama iaitu AGAMA ITU USUL BANGSA, BAHASA ITU JIWA BANGSA ,BUDAYA ITU RAGA BANGSA DAN ADAT ADALAH MARTABAT BANGSA. 




bersambung...... 


No comments:

Post a Comment