Tuesday 5 December 2017

Dunia Asli : Merungkai Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa

Diari Oral History Princess Humaira 

21/November/2017

Time ni jam 2ptg camtu sampai di pulau di sambut baik oleh Tok lingga tengok keadaan sekeliling yang tenang sambil di jemput naik ke beranda untuk sembang lebih lanjut tentang Pulau Misa. Pertemuan pertama jumpa orang ni nervouse tu usah cakap la kan dup dap2 tengok pulak orang sekeliling muka payah nak senyum dan tengok pelik je dia pandang je atas bawah as awak permpuan lagi dia heran cikya lagi la heran tahu sebab ape sebab " penduduk situ semuanya lelaki kalau ade perempuan pun isteri kepada penduduk pulau tersebut."

Sambil tengah di temu bual datang la seorang pemuda bawak kopi sambil senyum then Tok Lingga menyoal latar belakang cikya dari mana apa tujuan semua benda la macam-macam sampai satu tahap dia kata dengan pemuda tersebut panggil Temenggung jap. (dalm hati Temenggung dah sapa pulak ni)

Sedang sembang2 datang la seorang pakcik naik motor pakai t shirt hitam rambut panjang dan memberi salam naik ke beranda time ni dah agak ni mesti Temenggung. Jadi cikya memberanikan diri la untuk beramah mesra dengan dua orang hamba ini. 

Ayahanda Temenggung mula menyoal hajat cikya datang untuk apa tujuan semua first meet pun dah kene soal macam2 ayahanda tanya "Apa itu Melayu? kalau cik betul2 Melayu".

Ha kalau kome nak jawab apa??? mesti akan jawab melayu tu orang yang beragama islam betul tak? Sambil ketawa ayahanda pun menerangkan apa itu Melayu.

Melayu itu mempunyai 3 perkara iaitu 

1. Beragama islam
2. Berbahasa melayu 
3. Berbudaya melayu 

maka dia boleh jadi melayu. Andaikata orang yang bukan melayu menguasai 3 perkara ini maka ia boleh jadi melayu.


Masuk pula pada Sejarah Pulau Misa :  Ayahanda Sekali lagi soalan "Pernah dengar MISA MELAYU"


Sambil geleng seolah cikya memang bab sejarah ni memang out la kan so dia terangkan Misa dari sudut bahasa melayu tidak mempunyai apa-apa makna tapi dari segi huruf jawinya misa membawa maksud :

م = Merujuk kepada Muhammad Baginda Rasullulallah S.A.W  
ي = Merujuk kepada watan 
س = Merujuk kepada suasana malakiah 
ا  =  Merujuk kepada Allah S.W.T 


bila digabungkan dengan perkataan ia jadi mensucikan bumi kerana Allah .. Kita nak sucikan diri perlu ada tempat untuk mengabdikan diri kita kepada tuhan yang maha Esa. Jadi Misa melayu ini tercipta sebuah perkampungan dan melahirkan suasana yang boleh hambanya fokus untuk menyembah Allah S.A.W




Merupakan rumah penduduk di Pulau Misa mengikut zaman dahulu kala mempunyai beranda dan sebagainya.Di belakang tu sungai Perak petang2 boleh mandi, menjala, naik bot ke mancing ke mcam boleh.












Misa melayu ini juga telah ditulis oleh Raja Chulan dalam buku nya itu ditulis adat istiadat tentang budaya melayu dimana bagaimana cara-cara kita nak menghadap sultan , cara nak menghadap pembesar dan sebagainya jadi wujudnya pulau ini untuk memartabatkan kembali budaya melayu dengan melakukan MALAM MELAYU SEJATI dimana malam itu mereka pertontonkan kembali budaya melayu sekadar kemampuan yang mereka boleh lakukan.












Bersambung........

No comments:

Post a Comment