Friday 27 July 2018

Nukilan Untukmu


Hai awak, harini terdetik hati nak menulis nukilan ni untuk awak. Minggu lepas usia sya naik 1 angka lagi wakakka.Terima kasih atas kejutan yang diberi.Pelbagai perasaan tak tahu nak gambar apa. Mungkin kalau dicerita awak mungkin dengar atau just ignore kan. Hai awak, since sekarang awak baru meletakkan kaki dalam bidang pekerjaan saya cukup bangga sebab awak memilih jalan terbaik dan menilai keputusan yang terbaik untuk hidup awak.

Kalau awak nak tahu apa perasaan awak sedang saya dengar awak bergembira dalam bidang kerjaya awak nanti satu perasaan timbul dalam diri saya bahawa adakah untuk jangka masa panjang nanti awak still ingat orang-orang yang always berada disisi awak support awak push awak untuk pergi bidang tersebut supaya dapat mengubah kehidupan awak suatu hari nanti. Perasaan ini sukar digambarkan kerana saya tahu one day awak akan menjadi seorang yang berjaya gaji yang besar dan mampu hidup mewah. Saya sedia terima apa jua keadaan yang mendatang mungkin time tu ibu dan ayah awak akan menentang untuk memilih saya kerana saat itu taraf hidup awak tidak sama dengan saya lagi. Mungkin suatu saat nanti awak terpaksa memilih perempuan yang setaraf untuk jadi teman hidup demi membahagiakan hati semua pihak. 

Saya ni tiada apa untuk diberi tapi saya hanya ada hati untuk diberi pada awak dan insyallah mampu beri kebahagiaan yang mendatang. Since awak bergembira dengan kerjaya awak sekarang saya sedang dalam ketakutan kerana saya takut akan kecewa buat kali kedua, ditinggalkan sekali lagi tapi paling perit adalah disebabkan harta. Tapi saya sedar diri saya siapa.Sekiranya perkara ini akan berlaku suatu harini saya berharap awak kuat hadap kehidupan mendatang,n saya doa perempuan yang bakal ganti tempat saya nanti sentiasa berada di sisi awak saat awak serabut,merengek x kene tempat,cerewet dan sebagainya.

Nukilan ini dicipta suapaya di saat perkara ini berlaku saya harap awak ingat saya yang sentiasa ade dibelakang awak.Sentiasa tunggu awak walaupun bagaimana saya kene harung dugaan tapi saya tetap sabar lalui dengan sikap positif.

Untuk awak saya doakan awak berjaya gapai cita-cita awak. Bila dah berjaya ingat orang-orang yang dulu pernah support awak dan sebagainya. Jujur dari hati saya ketakutan kerana saya takut kehilangan lagi tapi itu semua kehendak Allah S.W.T  setiap pertemuan ade perpisahan. Yang awak perlu tahu saya akan tetap ingat awak sampai bila2.


Rindu selalu >3


No comments:

Post a Comment