Friday 27 July 2018

Nukilan Untukmu


Hai awak, harini terdetik hati nak menulis nukilan ni untuk awak. Minggu lepas usia sya naik 1 angka lagi wakakka.Terima kasih atas kejutan yang diberi.Pelbagai perasaan tak tahu nak gambar apa. Mungkin kalau dicerita awak mungkin dengar atau just ignore kan. Hai awak, since sekarang awak baru meletakkan kaki dalam bidang pekerjaan saya cukup bangga sebab awak memilih jalan terbaik dan menilai keputusan yang terbaik untuk hidup awak.

Kalau awak nak tahu apa perasaan awak sedang saya dengar awak bergembira dalam bidang kerjaya awak nanti satu perasaan timbul dalam diri saya bahawa adakah untuk jangka masa panjang nanti awak still ingat orang-orang yang always berada disisi awak support awak push awak untuk pergi bidang tersebut supaya dapat mengubah kehidupan awak suatu hari nanti. Perasaan ini sukar digambarkan kerana saya tahu one day awak akan menjadi seorang yang berjaya gaji yang besar dan mampu hidup mewah. Saya sedia terima apa jua keadaan yang mendatang mungkin time tu ibu dan ayah awak akan menentang untuk memilih saya kerana saat itu taraf hidup awak tidak sama dengan saya lagi. Mungkin suatu saat nanti awak terpaksa memilih perempuan yang setaraf untuk jadi teman hidup demi membahagiakan hati semua pihak. 

Saya ni tiada apa untuk diberi tapi saya hanya ada hati untuk diberi pada awak dan insyallah mampu beri kebahagiaan yang mendatang. Since awak bergembira dengan kerjaya awak sekarang saya sedang dalam ketakutan kerana saya takut akan kecewa buat kali kedua, ditinggalkan sekali lagi tapi paling perit adalah disebabkan harta. Tapi saya sedar diri saya siapa.Sekiranya perkara ini akan berlaku suatu harini saya berharap awak kuat hadap kehidupan mendatang,n saya doa perempuan yang bakal ganti tempat saya nanti sentiasa berada di sisi awak saat awak serabut,merengek x kene tempat,cerewet dan sebagainya.

Nukilan ini dicipta suapaya di saat perkara ini berlaku saya harap awak ingat saya yang sentiasa ade dibelakang awak.Sentiasa tunggu awak walaupun bagaimana saya kene harung dugaan tapi saya tetap sabar lalui dengan sikap positif.

Untuk awak saya doakan awak berjaya gapai cita-cita awak. Bila dah berjaya ingat orang-orang yang dulu pernah support awak dan sebagainya. Jujur dari hati saya ketakutan kerana saya takut kehilangan lagi tapi itu semua kehendak Allah S.W.T  setiap pertemuan ade perpisahan. Yang awak perlu tahu saya akan tetap ingat awak sampai bila2.


Rindu selalu >3


Wednesday 25 July 2018

Rupa Atau Perangai?

Semua orang suka yang indah cantik. "Itulah manusia pandang yang cantik je suka yang gebu je".Kalau orang cakap sebegini kau tumbuk je dia sebab memang lumrah manusia untuk sukakan benda yang cantik-cantik.Tapi kene ingat cantik tu luas maksudnya.Seperti korang tahu biasalah perempuan suka kan tengok laki hensem style and banyak lagi. Ni di usia muda la macam umur 16 gitu kan.Tapi since dah bertambah 2+ series ni hahahah saya tak minat dah dan tak tahulah apa pasal.Mungkin sebab saya ni memang jenis tak suka laki hensem sangat kot sebab nanti keliling akan ramai perempuan tambah pulak mesti akan kata tak laku (padahal memilih choii). Di usia ini saya lebih sedar yang rupa tak bawa kemana pun.
Saya tengok kawan-kawan saya terlampau cari yang sempurna(hensem,style) tapi bila kawen bergolak sana sini.Serammm lain macemmm.So right now saya lebih suka cari kawan yang ikhlas berkawan bukan kerana rupa tetapi kerana peribadinya mungkin seorang yang kelakar boleh kurangkan sedih.Mungkin seroang yang pendengar setia boleh tenangkan diri dah cukup dah.Kalau dapat teman gaduh lagi syiok kan.Kerana kene sedar yang jika kau sukakakn seseorang hanya kerana wajah makan hubungan akan menjadi goyang keran seri wajahnya akan pudar hilang .Nanti lama-lama korang akan sedar yang korang mahukan seorang manusia yang biasa-biasa tapi dalam kehidupan kau dia seorang yang luar biasa.Orang nampak dia biasa tapi dalam mata kau,kau akan nampak dia bagai seorang manusia yang kalau tak ada dia,rindu nak bermanja kasih.

Terima jelah dia jangan sibuk cari yang hensem bila tua kedut juga wakakka.