Friday 27 July 2018

Nukilan Untukmu


Hai awak, harini terdetik hati nak menulis nukilan ni untuk awak. Minggu lepas usia sya naik 1 angka lagi wakakka.Terima kasih atas kejutan yang diberi.Pelbagai perasaan tak tahu nak gambar apa. Mungkin kalau dicerita awak mungkin dengar atau just ignore kan. Hai awak, since sekarang awak baru meletakkan kaki dalam bidang pekerjaan saya cukup bangga sebab awak memilih jalan terbaik dan menilai keputusan yang terbaik untuk hidup awak.

Kalau awak nak tahu apa perasaan awak sedang saya dengar awak bergembira dalam bidang kerjaya awak nanti satu perasaan timbul dalam diri saya bahawa adakah untuk jangka masa panjang nanti awak still ingat orang-orang yang always berada disisi awak support awak push awak untuk pergi bidang tersebut supaya dapat mengubah kehidupan awak suatu hari nanti. Perasaan ini sukar digambarkan kerana saya tahu one day awak akan menjadi seorang yang berjaya gaji yang besar dan mampu hidup mewah. Saya sedia terima apa jua keadaan yang mendatang mungkin time tu ibu dan ayah awak akan menentang untuk memilih saya kerana saat itu taraf hidup awak tidak sama dengan saya lagi. Mungkin suatu saat nanti awak terpaksa memilih perempuan yang setaraf untuk jadi teman hidup demi membahagiakan hati semua pihak. 

Saya ni tiada apa untuk diberi tapi saya hanya ada hati untuk diberi pada awak dan insyallah mampu beri kebahagiaan yang mendatang. Since awak bergembira dengan kerjaya awak sekarang saya sedang dalam ketakutan kerana saya takut akan kecewa buat kali kedua, ditinggalkan sekali lagi tapi paling perit adalah disebabkan harta. Tapi saya sedar diri saya siapa.Sekiranya perkara ini akan berlaku suatu harini saya berharap awak kuat hadap kehidupan mendatang,n saya doa perempuan yang bakal ganti tempat saya nanti sentiasa berada di sisi awak saat awak serabut,merengek x kene tempat,cerewet dan sebagainya.

Nukilan ini dicipta suapaya di saat perkara ini berlaku saya harap awak ingat saya yang sentiasa ade dibelakang awak.Sentiasa tunggu awak walaupun bagaimana saya kene harung dugaan tapi saya tetap sabar lalui dengan sikap positif.

Untuk awak saya doakan awak berjaya gapai cita-cita awak. Bila dah berjaya ingat orang-orang yang dulu pernah support awak dan sebagainya. Jujur dari hati saya ketakutan kerana saya takut kehilangan lagi tapi itu semua kehendak Allah S.W.T  setiap pertemuan ade perpisahan. Yang awak perlu tahu saya akan tetap ingat awak sampai bila2.


Rindu selalu >3


Wednesday 25 July 2018

Rupa Atau Perangai?

Semua orang suka yang indah cantik. "Itulah manusia pandang yang cantik je suka yang gebu je".Kalau orang cakap sebegini kau tumbuk je dia sebab memang lumrah manusia untuk sukakan benda yang cantik-cantik.Tapi kene ingat cantik tu luas maksudnya.Seperti korang tahu biasalah perempuan suka kan tengok laki hensem style and banyak lagi. Ni di usia muda la macam umur 16 gitu kan.Tapi since dah bertambah 2+ series ni hahahah saya tak minat dah dan tak tahulah apa pasal.Mungkin sebab saya ni memang jenis tak suka laki hensem sangat kot sebab nanti keliling akan ramai perempuan tambah pulak mesti akan kata tak laku (padahal memilih choii). Di usia ini saya lebih sedar yang rupa tak bawa kemana pun.
Saya tengok kawan-kawan saya terlampau cari yang sempurna(hensem,style) tapi bila kawen bergolak sana sini.Serammm lain macemmm.So right now saya lebih suka cari kawan yang ikhlas berkawan bukan kerana rupa tetapi kerana peribadinya mungkin seorang yang kelakar boleh kurangkan sedih.Mungkin seroang yang pendengar setia boleh tenangkan diri dah cukup dah.Kalau dapat teman gaduh lagi syiok kan.Kerana kene sedar yang jika kau sukakakn seseorang hanya kerana wajah makan hubungan akan menjadi goyang keran seri wajahnya akan pudar hilang .Nanti lama-lama korang akan sedar yang korang mahukan seorang manusia yang biasa-biasa tapi dalam kehidupan kau dia seorang yang luar biasa.Orang nampak dia biasa tapi dalam mata kau,kau akan nampak dia bagai seorang manusia yang kalau tak ada dia,rindu nak bermanja kasih.

Terima jelah dia jangan sibuk cari yang hensem bila tua kedut juga wakakka.






Wednesday 6 December 2017

Dunia Asli : Merungkai Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa

Diari Oral History Princess Humaira

24/November/2017


Tibe la hari untuk menemubual Ayahanda Temenggung syarat menebual kena 2 jam untuk menyiapkan assigment ni. Jadi kami membuat 120 soalan. Ha kau 120 soalan larat kene nak menjawab nya ..:D

Soalan yang dibuat adalah soalan latar belakang tentang tokoh,tentang pulau,tentang persatuan dan yang paling seronok adalah tentang MALAM MELAYU SEJATI.

Time interview tu ayah pun ikut sebab time tu lesen cikya hilang so sementara nk buat baru ayah la jadi drive reaksi dia masuk pulau tu dah pelik sejak dia usia 4+ tu duk area Perak Tengah pun dia tak tahu kewujudan pulau tu dasyat tak.Time tu ok cikya x la tekejut sangat kan.

Waktu interview tu bawak kawan ni dari Perlis sebab benda ni grouping dia pun cam tak ade perasaan mungkin tak mendalami kot dan sebelum tunggu ayahanda temenggung sampai dia kene soal selidik macam cikya cerita sebelum ni kihkih

Antara temu bual pasal pulau misa adalah :

Pulau ni dah terdiri sejak 20 tahun lalu. Mata pencarian penduduk pulau ini adalah melalui syubah-syubah yakni biro2 yang ade bahagian nelayan, pertanian dan sebagainya.Sekiranya rezeki maka rezeki itu di kongsi beramai2.

Pulau ini tempat mensyiarkan budaya melayu dan bila orang datang mereka boleh belajar budaya melayu. Idea yang tercetus melalui tempat santai2 dan ada orang datang perlahan-lahan jadi mereka memunjukkan pertunjukan silat dan tarian semuanya jadinya orang semakin ramai dan kembangkan.


Penduduk sini dari pelabagai latar belakang penduduk nya anggaran 75 orang. selain jalan raya orang luar boleh datang naik helikopter sebab ada lapangan terbang kihkikh (kata ayahanda)
.
JKKN selalu mengundang mereka membuat persembahan. Persatuan Kebudayaan Muzik Melayu Nusantara Malaysia dan mempunyai 5 cawangan di Indonesia. Pengasas kepada persatuan ni nama gelamor dia "Abangku" atau Zulkifli bin Ismail.

Pencapaian persatuan ini mereka menjadi wakil Malaysia cawangan Perak ke EGYPT dalam Art festival of DRUM...Ke mesir kaw ha.. 


Nak mula kan budaya melayu kene la bermula dari diri kita dan diterapkan kepada anak dan isteri. jadi malam melayu sejati tu adalah salah satu cara mereka untuk mengekalkan budaya melayu..

ada banyak lagi soalan .....cikya keluar yang penting je ..

dah habiz interview Ayahanda bawak kami round2 Sungai Perak naik bot 









tu ayahanda temenggung bawak bot




  









Bubu ni mereka hasil kan sendiri bukan kata bubu , jala pun sama jadi mereka ni semua berkemahiran 

















Bersambung pula nanti MAlAM MELAYU SEJATI......




Tuesday 5 December 2017

Dunia Asli : Merungkai Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa

Diari Oral History Princess Humaira 

21/November/2017

Time ni jam 2ptg camtu sampai di pulau di sambut baik oleh Tok lingga tengok keadaan sekeliling yang tenang sambil di jemput naik ke beranda untuk sembang lebih lanjut tentang Pulau Misa. Pertemuan pertama jumpa orang ni nervouse tu usah cakap la kan dup dap2 tengok pulak orang sekeliling muka payah nak senyum dan tengok pelik je dia pandang je atas bawah as awak permpuan lagi dia heran cikya lagi la heran tahu sebab ape sebab " penduduk situ semuanya lelaki kalau ade perempuan pun isteri kepada penduduk pulau tersebut."

Sambil tengah di temu bual datang la seorang pemuda bawak kopi sambil senyum then Tok Lingga menyoal latar belakang cikya dari mana apa tujuan semua benda la macam-macam sampai satu tahap dia kata dengan pemuda tersebut panggil Temenggung jap. (dalm hati Temenggung dah sapa pulak ni)

Sedang sembang2 datang la seorang pakcik naik motor pakai t shirt hitam rambut panjang dan memberi salam naik ke beranda time ni dah agak ni mesti Temenggung. Jadi cikya memberanikan diri la untuk beramah mesra dengan dua orang hamba ini. 

Ayahanda Temenggung mula menyoal hajat cikya datang untuk apa tujuan semua first meet pun dah kene soal macam2 ayahanda tanya "Apa itu Melayu? kalau cik betul2 Melayu".

Ha kalau kome nak jawab apa??? mesti akan jawab melayu tu orang yang beragama islam betul tak? Sambil ketawa ayahanda pun menerangkan apa itu Melayu.

Melayu itu mempunyai 3 perkara iaitu 

1. Beragama islam
2. Berbahasa melayu 
3. Berbudaya melayu 

maka dia boleh jadi melayu. Andaikata orang yang bukan melayu menguasai 3 perkara ini maka ia boleh jadi melayu.


Masuk pula pada Sejarah Pulau Misa :  Ayahanda Sekali lagi soalan "Pernah dengar MISA MELAYU"


Sambil geleng seolah cikya memang bab sejarah ni memang out la kan so dia terangkan Misa dari sudut bahasa melayu tidak mempunyai apa-apa makna tapi dari segi huruf jawinya misa membawa maksud :

م = Merujuk kepada Muhammad Baginda Rasullulallah S.A.W  
ي = Merujuk kepada watan 
س = Merujuk kepada suasana malakiah 
ا  =  Merujuk kepada Allah S.W.T 


bila digabungkan dengan perkataan ia jadi mensucikan bumi kerana Allah .. Kita nak sucikan diri perlu ada tempat untuk mengabdikan diri kita kepada tuhan yang maha Esa. Jadi Misa melayu ini tercipta sebuah perkampungan dan melahirkan suasana yang boleh hambanya fokus untuk menyembah Allah S.A.W




Merupakan rumah penduduk di Pulau Misa mengikut zaman dahulu kala mempunyai beranda dan sebagainya.Di belakang tu sungai Perak petang2 boleh mandi, menjala, naik bot ke mancing ke mcam boleh.












Misa melayu ini juga telah ditulis oleh Raja Chulan dalam buku nya itu ditulis adat istiadat tentang budaya melayu dimana bagaimana cara-cara kita nak menghadap sultan , cara nak menghadap pembesar dan sebagainya jadi wujudnya pulau ini untuk memartabatkan kembali budaya melayu dengan melakukan MALAM MELAYU SEJATI dimana malam itu mereka pertontonkan kembali budaya melayu sekadar kemampuan yang mereka boleh lakukan.












Bersambung........

Dunia Asli : Merungkai Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa

Diari Oral History Princess Humaira 

21/November/2017


Cik ya di tugaskan untuk menemu bual tokoh mengenai warisan yang ada dekat Malaysia. First cikya nak buat pasal KOTA BELANDA di Pangkor tapi di reject olehh pensayarah sebab dia nak orang yang betul-betul mengalami keadaan tersebut. Jadi pilih pula untuk porpular kan negeri PERLIS  iaitu AWANG BATIL. Di reject juga sebab sem lepas ada senior dah buat so dalam pening-pening tu kawan cikya nama Nadeea terus kata cuba tengok kat facebook page orang PERAK..


Cikya pun bukak page tu sambil scroll gigih la scroll sampai bawah tibe2 keluar artikel pasal MALAM MELAYU SEJATI  di Bota Kiri. Cikya pun heran dah 22 tahun duduk Perak ibu ayah pun tak ada ceritakan ade wujudnya Pulau Misa ni. Bukak artikel dan mendalami ehh macam seronok le pulak kan mentang-mentang cikya ni pengakap suka benda-benda gini tu yang mendalami terus tu..

Terus la pm admin mintak kan no untuk berhubung terus dan sekali gus mendalami budaya orang Melayu. 

Kebetulan pulak hari ahad tu tergerak hati berhubung Tok Linga whatsaap tok linga kata nak buat pasal PULAU MISA.. ayatnya di balas  " marilah minum kopi secawan dua di Pulau " time tu hati dah gelabah dah dah le nak balik Shah Alam kui 6 ptg.

Gigih start kete pi le Bota Kiri mula-mula tu sesat le juga akhirnya sampai le kat PULAU MISA 
waktu first masuk tu rasa macam ya allah cantiknya tak pernah tengok kampung macam ni..(Bukan jakun tapi  tulah indahnya sangat ) Pulau Misa ni terletak di tebing sungai Perak perhubungan jalan utama mereka tambak sebahagian sungai tersebut untuk menghubungkan jalan raya supaya orang luar boleh masuk guna kenderaan tak payah naik bot dah.

ini merupakan pintu gerbang sebelum masuk ke
Perkampungan Warisan Budaya Melayu Pulau Misa.





Kalau nak tengok sungai Perak boleh la feeling2 macam titanic tu kan buat gaya macam2 hakhak.











Pulau ini dikendalikan oleh Persatuan Kebudayaan & Muzik Nusantara Malaysia atau dikenali sebagai Dendang Anak. Pulau ini menghidupkan kembali zaman kegemilangan kurun ke-15 semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Pulau ini juga melakonkan semula cara-cara bagaimana untuk kita menghadap raja, menghadap pembesar dan sebagainya. Diwujudkan malam melayu sejati itu untuk dipertontonkan kepada orang ramai sekadar kemampuan yang mereka ada supaya budaya melayu ini tidak ditelan oleh zaman.


Memegang pegangan utama iaitu AGAMA ITU USUL BANGSA, BAHASA ITU JIWA BANGSA ,BUDAYA ITU RAGA BANGSA DAN ADAT ADALAH MARTABAT BANGSA. 




bersambung...... 


Tuesday 15 November 2016

APA ITU HEALING CRISIS???

Assalamualaikum guys..arini yaya nk story sikit pasal healing crisis..Apa itu healing crisis???? dalam bahasa melayunya ialah proses pemulihan. Ramai yang x tahu sebenarnya helaing crisis tu apa? Sini yaya nk bagitahu adik manis,kakak yang sebenarnya benda ni terjadi waktu bila.





Healing crisis ni terjadi bila korang tukar produk atau pakai sesuatu produk. Jangan risau ye sayang2 kalau korang pakai suatu produk tibe2 jerawat nek tip top tip kat muka tu sebab itu proses pemulihan muka korang yang pakai produk before ni ade chemical.




Healing Crisis ialah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil supplement atau makanan tambahan dan juga penukaran produk. Ini berlaku bila tubuh badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.



Ada setengah produk memang ada mecury korang check balik. Tu sebab disarankan pakai produk yang natural based bila natural based ni lamabat effect la yaya...Sayang sekalian Biar lambat effect janji x sakitkan muka korang tu..Natural based ni bagus sebenarnya untuk badan bukan MERCURY!!!!
ULang lagi sekali BUKAN MERCURY!!! mercury ni kalau uoalls nak tahu dia boleh nipiskan kulit kita kalau jenis x tahan ROSAK LA MUKA SYG !!!!!  Yaya arini nk fokus pada produk sebb perempuan dengan produk dengan kecantikan memang tak boleh nak pisah..

Ok contoh korang beli serum tibe2 dah pakai seminggu naik pulak JERAWAT!!! bukan hat kecik tu yang BESAR!!! tu tanda healing crisis sbb dia cuci kotoran dalam kulit muka tu..Kene tahan sikit la..sape suruh korang pakai produk ade bahan kimia. SO cara nk kurangkan healing crisis ni senang je..JANGAN RISAU MUKA X JADI MONSTER PUNYA!!!

Cara mengurangkan healing crisis???

Okaylah saya bagi contoh. Bila kita nak kurangkan karat dan kelodak dalam air tu, kita akan alirkan air yang banyak. Macam tu jugalah bila kita alami healing crisis. Kita perlu minum air yang banyak untuk memastikan healing crisis yang kita alami itu berkurangan. Healing crisis bukan penanda anda tidak serasi tetapi adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan produk yang anda guna.

Dan juga rawat la wajah menggunakan scrub dan mask dari ekstrak buahan dan ORGANIK bahanya.
Rajinlah basuh muka anda dengan air suam .SO bila JERWAT penuh tu bila pakai produk sabarlah sikit smntra dia buang kotoran kat muka korng tu..


jadinya pakai lah produk yang natural based supaya korang x kne healing crisis yang teruk..DAN sebelum beli produk sila tengok ingredient dulu..Ok guys,,JUmpa lagi ada ape2 pertanyaa boleh drop kat komen bawah yaya akan jawab...:D

Wednesday 9 November 2016

Nak Cantik Tanpa Sakit??

Assalamualaikum..hye syg2 yaya sekalian..Harini yaya nk cerita sedikit apa itu kecantikan? Ada org phobia dengar sebb persepsi diorg nak cantik mesti kene sakit dulu..WHatss?? Inject sana sini mcm2 la..Guys nk cantik x payah la nk sakit kan diri.Sakit yang Allah bg sperti demam,selesema pun kita dah rimas inikan nak cantik...So guys plezz buang persepsi NAK CANTIK KNE SAKIT!!!
Meh sini yaya nak share sikit apa yang yaya guna dalam kehidupan harian..



Nampak x gambar kat atas tu..Mesti semua org tahu kan its DIANZ vitamin.Sape x kenal botol purple kecik ni bohong x kenal,yang x kenal tu sila google hahha :'D

Ok kenapa yaya pilih Dianz vitamin ni.Bagi girls yang kulit mengada cam yaya ni a.k.a sensitif boleh consume ni superb sangat kesan.Kulit sensitif ni rimas sebb nk pilih skincare pun takut wsau tambah jad teruk kang x pasal jadi MONSTER sudah..Dianz vitamin ni ade collagen ikan talapia merah baik untuk kulit sensitif.Bukan tu je taw dia boleh cerahkan satu badan n paling best tanpa ada kesan sampingan pada masa akan datang.

Apa kelebihan Dianz VItamin ni sampai yaya x boleh nak renggang ni : Meh kita tgk

✔ Gabungan daripada extra berry.
✔ Menghasilkan vitamin C & E dan menggunakan collagen dari sumber ikan tilapia.
✔ Tidak memberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti collagen marine.
✔ Sesuai untuk lelaki dan perempuan 16 TAHUN KE ATAS.
✔ Ibu mengandung dan menyusu boleh ambil.


FUNGSI UTAMA DIANZ VITAMIN C & E 12000 MG

✔ Memutihkan seluruh badan
✔ Melembabkan kulit
✔ Mencantikkan kulit
✔ Merawat jerawat, jeragat dan sel kulit mati


yaya mcm mana pulak consume dia : yaya ambil 1 biji sebelum sarapan dan 1 biji sebelum tido
yang penting apa jua supplement kita ambil kalau korang malas minum air masak , Beli la produk mahal beribu sekali pun air masak x minum X MENJADI LA UOALLS!!!


Yang kedua yaya guna skincare dri IMANNI SKINZ...WAh!!!! ape tu..jarang dengar la pulak..ha Imanni skinz ni adalah produk mesra wuduk yang kita x perlu risau nak cari makeup remover untuk tanggalkan dan solat..Ia PRODUK MESRA WUDUK dan ada HABATUSSAUDA lagi pakai sambil merawat..


APA Best nya imanni ni yaya ??  imanni skinz ni ade gorgeous serum dan blossom cake foundation..

serum ni sebenarnya baik untuk kulit tanpa menipiskan kulit..Dia bantu pulih sel kulit yag rosak walau korang tak nampak dengan mata kasar.

apa bestnya serum ni :

-Mengandungi P-Terra dan collagen
- Melembapkan dan merawat kulit wajah
-Mencerahkan kulit 
_kulit lebih glowing seawal 3 minit dengan penggunaan bersama 
Blossom Cake foundation

                                                     
Blossom Cake Foundation pulak :


🌸 BLOSSOM CAKE FOUNDATION 🌸 . ✿ Mesra Wudhu' ✿ Tanpa Silikon ✿ SPF50 ✿ Tekstur Ringan dan Tidak Berminyak ✿ Tahan sehingga 12 jam ✿ Melembap & Mencerah kulit ✿ Mengecilkan pori-pori ✿ Dapat menutup bintik hitam, parut, dan lingkaran di bawah mata ✿ Bekas yang bercermin & Mudah dibawa ✿ Sapuan sedikit sudah memberikan kesan maksima seperti jurumekap profesional


best korang kalau pakai 3 barang ni..semua NATURAL BASED..tanpa ade kimia yang boleh rosak n jahanam kan kulit korang tu..

SO NAK CANTIK X PERLU SAKIT!! KORANG BOLEH TRY PRODUK NI SERIUS YAYA CKAP KESAN SUPERB TANPA ADE EFFECT SBB INGREDIENT SEMUA NATURAL BASED..:D

selamat mencuba korang :D



Monday 7 November 2016

Are You Ready For love ???

MOrning syg sekalian humm.Harini Yaya nk share sikit pasal CINTA..Tahu ape itu CINTA??

Yaya tgk ramai yg tgh frust ade yang nak ke JInjang Pelamin dah shbat yaya hujung minggu ni.
Tahniah Eija n suami bakal langsungkan perkhawinan COUNTING DAYS..hehhe tuk Abg pali juga COUNTING DAYS..YAYA bila pulak..heheh Nanti la dulu bg habz degree dulu..
.
Ok balik cita asal..Dah bersedia ke nk ade CINTA?? Meh sini nak cerita sikit.:D



Bercintalah bila betul-betul dah bersedia 

" Love when you’re ready, not when you’re lonely. “
Bercinta hanya bila betul-betul  dah  bersedia,  bukan  hanya  bila kesunyian .Pasti ramai  yang tak sabar  untuk merasai keseronokkan  bercinta. Kemanisan bersama yang  tersayang.   
Hingga terlupa nak bertanya pada diri “adakah aku betul-betul dah bersedia?”
Bila nampak dua manusia berjalan bersama, bergelak ketawa, sentiasa menemani, hati mana yang tak cemburu?
Hati mana yang tak rasa sunyi?
Hati mana yang taknak lalui perkara yang sama?
Masuk je bilik rasa sunyi sebab semua roommate sibuk bergayut dengan kekasih hati masing-masing. Kita?
Hanya mampu pandang phone dengan harapan ada seseorang akan call jugak.
Time makan, orang lain semua berpasangan. Ada yang sedia menanti di luar kelas. Kita?
Terpaksa tapau makanan balik makan kat bilik.
Hujung minggu? Semua orang dah ada rancangan masing-masing.
Keluar tengok wayang, pergi pantai, pergi jalan-jalan. Kita?
Mampu tidur je sepanjang hujung minggu di bilik.
Layan movie jugak tapi seorang diri bertemakan laptop.

Dari situ segalanya bermula.
Kita rasa sunyi. Kita nampak orang lain bahagia.
Kenapa kita pun tak boleh buat perkara yang sama?
Mesti best kalau ada ‘boyfriend’. Hari-hari akan rasa indah. Tiada lagi kesunyian.
Bila ada yang menghulur salam perkenalan, begitu mudah kita terima dengan berlapang dada.
Dengan hati terbuka. Akhirnya aku jatuh cinta. Akhirnya aku dah jumpa putera pujaan hati.
Yeayy ! Aku akan bahagia macam pasangan lain.
“ Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah
terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya. “
Itu yang dibayangkan.
Kita tertipu dengan kebahagiaan yang ditunjukkan pasangan lain.
Kita yakin mereka betul-betul dah bahagia?
Atau sekadar tersenyum gembira untuk menutup hati yang lara? Untuk menyelamatkan satu hubungan?
Kita tak akan faham sehingga kita lalui semua itu sendiri.
 Yakin kita dah betul-betul dah bersedia?
Bukan senang nak jaga hati orang sedangkan hati sendiri kita belum pasti kita mampu jaga dengan baik atau tak.
Kalau belum yakin, belum betul-betul dah bersedia kenapa memilih untuk bercinta?
Kita yang buka ruang untuk hati kita disakiti.
Sebelum ini, kita fikir setiap percintaan hanya penuh dengan kasih sayang.
Itu cuma permainan. Untuk menarik sekeping hati yang kesunyian untuk jatuh cinta.

Kenapa nak korbankan segalanya untuk sesuatu yang belum terjamin kebahagiaan dan kegembiraan itu kekal?


Image result for trust allah
mintalah pertolongan dari Allah agar kita dapat betul-betul
dah bersedia
Saat kita sendirian, kita mungkin rasa sunyi.
Sebenarnya kita yang terlalu melayan bila perasaan sunyi itu singgah.
Kita yang terlalu memikirkan.
Pernah terfikir apa kelebihan bila kita 
sendirian tanpa seorang teman?
“ Sometimes it’s better to be alone, nobody can hurt you. “
Dalam bersendirian itu ada keindahan (:
Terlalu banyak. Kita tak akan bazirkan air mata kita untuk orang lain.
Air mata kita mahal. Kenapa nak bazirkan untuk menangisi kesedihan hati saat dia luka kan kita?
Hati kita tak akan sakit untuk setiap kesedihan yang bakal kita hadapi saat bercinta.
Kegembiraan saat kita sendirian tak akan sama dengan saat kita berpasangan.
Saat sendirian, kita bebas.
Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan orang lain. Kegembiraan itu bukan penipuan.
Tapi kegembiraan saat kita berpasangan kadang-kadang hanya satu penipuan.
Penipuan yang kita sendiri cipta.
Kita nak biar orang nampak kita dan pasangan kita adalah pasangan serasi. Pasangan terbaik.
Tapi disebalik semua senyuman tu, ada tangisan yang terpaksa kita sorok. Ada hati yang berdarah terpaksa kita rawat sendiri.
Kegembiraan sekadar untuk nampak hebat di mata orang lain.
Fake happiness is still the worst sadness.
Sampai bila nak kekal begitu?
Rasa tak boleh nak lepaskan sebab dah terlalu sayang. Yakin kita sayangkan dia?
Yakin dia sayangkan kita?
Habis, tangisan yang kita sorok sendiri itu apa?
Atau itu memang pengganti pada senyuman untuk setiap pasangan bercinta.
“ The reason people find it so hard to be happy is that they
Always see the past better that it was and the present worse than it is. “
Duduk.
Renung kembali. Fikir balik.
Betul ke aku betul-betul dah bersedia?
Atau aku hanya nak mengisi kesunyian?
Kalau sekarang aku belum betul-betul dah bersedia, bila akan tiba saat untuk aku betul-betul dah bersedia?
Yakin dengan Allah. Allah itu kan perancang terbaik untuk setiap hambanya.
Hanya dia yang tahu bila saat dan ketika hati betul-betul dah bersedia untuk jatuh cinta.
Serahkan padaNya dan Dia akan isi kekosongan dan kesunyian hati kita.
“ Ya Allah, bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya. Jarakkan kami. Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang
murkaMu. Temukan kami dengan cinta yang diredhai-Mu. “
 Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jangan takut, andai hari ini belum bersedia, esok dan hari seterusnya masih ada.
Perbaiki diri dan insyaAllah Allah akan hadirkan cinta yang sebenarnya. Cinta yang tak akan menyakitkan.
Kita tak tahu bila akan tiba waktu itu.
Tapi selagi kita yakin, Allah akan bantu kita.

Kenapa nak  bercinta sekarang di saat kita masih belum mampu jaga hati sendiri?


Bagi yang pernah bercinta, yang pernah jatuh cinta dan yang pernah gagal dalam percintaan jangan terlalu untuk bersendiri.
Berhenti pertahankan sesuatu yang memang dah hancur.
“ Jangan menangis untuk orang yang dah sakitkan hati kita. Just senyum dan cakap
Terima kasih sebab bagi peluang untuk saya cari yang lebih baik. “
 Jadi bila kita boleh bercinta sebenarnya? — Cinta selepas nikah. Cinta yang halal lagi diberkati.
Letakkan kepercayaan kepada Allah.
Bercinta bila sudah betul-betul dah bersedia. Allah tahu waktunya. Tak akan terlewat.
Bercinta selepas nikah kan lebih indah? (;
“ Allah has already written the names of your spounses. What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you’re ready. It is only matter of time. “