Sunday 6 November 2016

DEMam VS makanan


Harini sis yaya nk share sikit kenapa kita boleh demam..?? Memanglah ketentuan demam tu lumrah..tapi tahu x ape disebalik demam tu..Sis sendiri tengah demam :'(

Image result for demam


Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh terdedah pada virus baru.

Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh kita sendiri.

Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Kita seharusnya makan makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh  kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan  tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

Kerana itulah anak kecil  selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

Kalau  cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) tak perlu nak cepat-cepat beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.

Image result for x selera makan


Makanan pula..bila kita demam tekak pun hilang selera betul!!! Kau rase bila bg KFC pun tekak kau x nak!!


tapi kene makan juga untuk menambah tenaga dlm badan..Antara makanan yang kene makan n terpaksa di telan juga adalah bubur nasi ayam..


BUBUR AYAM VS PEDAS


Image result for bubur ayam


Bubur ayam dapat mengurangkan suhu badan sebenarnya kandungan nasi yang senang dicerna dalam perut membuatkan perut kita berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.Di tambah pulak dengan pedas...Pedas ni pulak elok sekiranya kita selesema dimana Pedas ini dapat mengurangkan sumbat dalam hidung tu..Lada yang ade buat kan kita bersin dan mengurangkan sumbat dlam hidung tu..

-jaga kesihatan masing2 tengah musim skrg ni tambah pulak nyamuk bnyak wsau pulak denggi nanti -

-mohon dijauhkan moga Allah beri kita kesihatan yang sihat dan doakan yaya cepat sembuh dan mudah untuk menjalani kehidupan harian-




No comments:

Post a Comment